Click on the slide!

Konsert Opera Hidup Wings Istana Budaya 2011

29 April hingga 1 Mei 2011

Opera Hidup Wings

Click on the slide!

Wings & Superfriends

29 April hingga 1 Mei 2011

KONSERT OPERA HIDUP 29 April - 1 Mei 2011 Istana Budaya Kuala Lumpur Jangan lepaskan peluang dengan kelainan penampilan Wings…

More...
Click on the slide!

Konsert Double Trouble Disambung Semula

Double Trouble >> Cover Story

Tiket juga boleh dibeli melalui Sayap2WINGS, hubungi kami @ 0122928091 / 0193681917 / 0123862467, maklumat lanjut mengenai Konsert ini akan…

More...
Click on the slide!

SEJATI - Juara Bulan Mei

Teori Domino >> COVER STORY

Teori Domino 20th Anniversary

More...
Click on the slide!

Berita Dari Hard Rock Cafe

News >> Latest

Wings beraksi pada 4 Oktober 2009

"Hari,hari bagaikan berlari..." Bait lagu Belenggu Irama ini bagaikan menjadi lambang keghairahan peminat-peminat Wings yang menantikan tarikh keramat 4.10.2009 (Ahad).…

More...
Click on the slide!

Konsert RNR SinarFM, Dataran MBPJ

News >> Latest

Wings Alive!!!

Bersesuaian dengan status kumpulan yang unggul, Wings diberi penghormatan menutup malam yang pasti sukar dilupakan oleh semua peminat yang hadir.....

More...
Click on the slide!

Pelancaran Laman Web Baru Wings

News >> Latest

Dilancarkan oleh kumpulan WINGS

Tanggal 18.7.2009,satu lagi sejarah dilakar oleh Wings dan Sayap2Wings apabila wajah baru laman web rasmi Wings telah dilancarkan. Pelancaran ini…

More...
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

Login Form

Who's Online

We have 72 guests online

FB Sayap

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday112
mod_vvisit_counterYesterday152
mod_vvisit_counterThis week1081
mod_vvisit_counterLast week1388
mod_vvisit_counterThis month5196
mod_vvisit_counterLast month7450
mod_vvisit_counterAll days212711

Online (20 minutes ago): 3
Your IP: 38.107.179.221
,
Today: Jan 28, 2012
 
 sempena memperingati 20 tahun kelahiran album JDA-sebuah album yang dianggap mengekalkan kegemilangan Wings dalam arena rock selepas ledakan Teori Domino melanggar bumi gelora.
JDA 20TH ANNIVERSARY - LIMITED EDITION
 
Size : XS, S, M, XL, 2XL & 3XL ( American Size ) *L sold out!
 
Ahli Sayap2 WINGS : RM 65.00 ( ** termasuk kos penghantaran untuk 1 helai SAHAJA )
Bukan Ahli : RM 70.00 ( ** termasuk kos penghantaran untuk 1 helai SAHAJA )
 
Sekiranya berminat sila masukkan RM ke a/c MAYBANK : 5621 0622 4302 (INSPIRASI MANAGEMENT). Dan emailkan bukti transaksi ke
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi no. yang tertera di gambar untuk maklumat lanjut.
 
 
Wings masuk Istana Budaya? Begitulah salah satu tajuk di bahagian hiburan akhbar Kosmo! pada 25 Julai 2010. Sebuah tajuk yang ringkas namun cukup mengundang resah dan impian bagi siapa sahaja yang membacanya. Persoalan yang sebenarnya sudah berlegar-legar di forum rasmi sayap2wings.com sejak berbulan-bulan sebelumnya. Peminat Wings khas nya telah mencongak dan melemparkan pandangan di forum bahawa Panggung Sari juga layak ditakluki oleh Joe, Eddie, Black dan Awie. Namun, impian atau ilusi, kita mampu merancang, hanya Tuhan menentukan.
Begitulah hakikatnya, bagi Wings juga, menghadiahkan peminat-peminat dengan satu konsep persembahan yang berbeza dari kebiasaannya menjadi objektif utama. Memberi peminat satu rasa kepuasan dari sudut yang lebih eksklusif sememangnya layak dimiliki oleh peminat-peminat setia Wings yang padu menyokong Wings dari dulu dan sekarang. Begitu tinggi penghargaan Wings kepada peminat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan karier Wings. Semuanya ingin dipentaskan di tempat yang paling tepat, Panggung Sari Istana Budaya. Jadi tiada isu tentang asyik main lagu yang sama dan sebagainya kerana seawal sidang media pertama di Borneo Baruk Club lagi, Joe selaku pengarah muzik menegaskan keistimewaan Konsert Wings Opera Hidup adalah penyatuan genre rock dan orkestra, setiap lagu akan diberi nafas baru, fresh tetapi masih mengekalkan signature lagu asal. Peminat juga sudah biasa mendengar Wings menyampaikan lagu-lagu mengikut rentak asal jadi kali ini Wings ingin membawa peminat-peminat merasai pengalaman baru di Istana Budaya-tempat yang paling sesuai bergabung bersama jentera OSK. 
Siapa yang pernah menyangka, sebuah rock band yang dulunya bermula sebagai sebuah band yang menjadikan majlis-majlis kahwin dan pentas funfair pada awal pembabitan sebagai medan memperdagangkan bakat, kini diiktiraf bagi menakluki serta melebarkan sayap mereka ke puncak yang lebih tinggi, di sebuah pentas berprestij bertaraf dunia, Istana Budaya. Satu Anugerah!
Dipentaskan selama 5 hari beturut-turut bermula 28 April 2011 (malam preview), 29 April hingga 2 Mei 2011, Wings tampil gah mempersembahkan Opera Hidup mereka lantas mencipta suatu nostalgia paling indah buat para peminat Wings sebagimana yang dijanjikan. Dibahagikan kepada 2 buah sesi, Wings kemas mengatur langkah bagi merealisasikan impian yang dikongsi bersama peminat-peminat menjadi realiti. Menanti peminat di Panggung Sari adalah sesi Opera Hidup Wings & Superfriends di sebelah siang manakala di sebelah malam, Wings bersatu dalam nuansa yang berbeza, Wings diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan ! Satu pencapaian yang membanggakan peminat peminat Wings !!

 

Read more...

 
 
Sebuah 'memoir' Konsert WINGS Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Panggung Sari,Istana Budaya. Antaranya memaparkan kata-kata aluan dari Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan - YB Dato' Seri Utama Rais Yatim, kata-kata aluan dari Ketua Pengarah Istana Budaya - Mohamed Juhari Shaarani serta pihak yang terlibat merealisasikan Konsert bertaraf dunia ini. Hanya sekali cetak (tinggal 100 buah sahaja), buku ini bakal menjadi salah satu bahan bukti bercetak yang akan dikenang dan dikagumi oleh generasi akan datang. Pastikan anda memiliki buku yang memaparkan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam peristiwa bersejarah meraikan 25 tahun kewujudan Wings dalam industri hiburan.
 RM40 (termasuk kos pos)
Bank in ke akaun Maybank 562106224302-Inspirasi Management-
Sms nama & alamat lengkap ke :
0123862467 (Madi) @ 0193681917 (Zaini) @ Azri (0172766862)