Click on the slide!

WINGS Versi Tanpa Distortion

8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

WINGS Versi Tanpa Distortion 8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

Click on the slide!

MENAKLUK KOSMOS

Album studio WINGS yang ke-17

Syukur Alhamdulillah 22/5/2014 mencatat detik bersejarah buat kita semua. Album studio WINGS yang ke 17 mula menakluk pasaran

Click on the slide!

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Click on the slide!

Wings Rockestra 2013

Wings Rockestra 2013

Wings Rockestra 2013

Click on the slide!

Wings Rockestra 2013 Istana Budaya

Istana Budaya

Wings Rockestra 2013 Istana Budaya

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

Setelah menjelajah ke Bukit Kiara (1.5.2010), Johor Bahru (5.6.2010), Kuantan (15.10.2010), Limbang, Sarawak (23.7,2010), Tawau, Sabah (24.7.2010), Penang (18.12.2010), Sunway Surf Beach (25.12.2010) serta Melaka (27.5.2011), gabungan kramat Double Trouble kini akan menemui peminat-peminatnya di Singapura pula.

Penantian peminat di Temasik bakal berakhir, Live! Empire dengan bangganya mempersembahkan Konsert Double Trouble Live In Singapore yang akan berlangsung pada tanggal 12.10.2012 di Stadium Tertutup Singapura. Sejak era 80an dan 90an, Singapura bukanlah lokasi asing bagi kedua-gua gergasi rock melayu ini namun apa yang menarik kali ini, kedua-duanya beraksi bersama atas nama Double Trouble! Satu jenama lambang kematangan serta pencapaian gemilang dua buah band yang tersohor rumpun Melayu. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan jenama gah ini mempersembahkan opera hidup mereka ! Dapatkan tiket anda di outlet SISTIC sekarang dan semua peminat dijemput ke booth Sayap-Sayap Wings untuk membeli t-shirt rasmi keluaran Wings.

Peminat yang ke Konsert Double Trouble Live In Singapore 2012 ini nanti akan dihidangkan dengan lagu-lagu hebat kedua-dua band yang paling konsisten dalam arena rock ini serta pelbagai variasi konsep persembahan yang pasti menggamit setiap yang hadir. Beraksi atas pentas yang sama, ianya hanya dapat disaksikan di konsert sebegini, peluang keemasan sebegini sememang sukar dilepaskan kerana ianya tidak akan berulang lagi nanti. Venue konsert yang sering menjadi medan artis antarabangsa ini beraksi juga membuktikan tahap Search dan Wings berada jadi pastikan anda turut menjadi sebahagian daripada sejarah Double Trouble di Singapura!