Click on the slide!

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Click on the slide!

WINGS Versi Tanpa Distortion

8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

WINGS Versi Tanpa Distortion 8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

Click on the slide!

MENAKLUK KOSMOS

Album studio WINGS yang ke-17

Syukur Alhamdulillah 22/5/2014 mencatat detik bersejarah buat kita semua. Album studio WINGS yang ke 17 mula menakluk pasaran

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

Wings teruja dengan sambutan hangat peminat menjelang konsert 30 tahun mereka akhir bulan ini.

Mereka percaya konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur itu akan disaksikan sehingga tiga generasi – dari usia muda remaja hingga lebih setengah abad.

Dengan kata lain, mungkin datuk, bapa dan cucu berpeluang hadir sama dalam konsert sempena tiga dekad beraksi itu.

“Mungkin tiga generasi akan hadir di konsert Wings.

“Kalau dulu peminat itu sebaya kami, mereka sekarang sudah berusia 40 atau 50 tahun dan mungkin ada cucu,” kata vokalisnya Awie dalam wawancara di di sebuah hotel di ibu negara kelmarin.

Turut hadir tiga lagi anggota Wings – Joe, Eddie dan Black.

Awie juga menyatakan keterujaannya apabila melihat peminat yang membeli tiket dengan jumlah yang banyak.

“Ada seorang gadis berusia 20-an datang dari Port Dickson dan beli hingga 10 tiket.

“Wow! Kami dapat rasa dihargai dan alhamdulillah,” katanya.

'Beli tiket jangan undang bencana'

Pemain gitar Joe pula berkata terdapat juga peminat yang mahu membawa anak kecil ke konsert berkenaan.

“Ada yang bertanyakan kepada kami yang mereka mahu membawa anak berusia enam tahun,” kata Joe.

Bagaimanapun, menurut Joe lagi, tidak salah untuk membawa anak kecil menonton keraian itu, tetapi haruslah sentiasa diawasi.

“Sudah tentu akan ada bapa atau abang mereka yang datang bersama.

“Tetapi harus diingatkan, kami tidak menggalakkan untuk bawa mereka melainkan kanak-kanak itu diawasi sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Awie menyeru peminatnya yang mahu menyaksikan konsert berskala besar itu segera mendapatkan tiket agar tidak perlu berebut-rebut kerana ia akan mengundang ‘bencana.’

“Jangan ikut budaya saat akhir untuk beli tiket.

“Bila keadaan itu berlaku, ia menyebabkan punca pergaduhan,” katanya.


Sumber Dari : Malaysiakini